Selayang Pandang





1.    PENDAHULUAN

Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Dari Uthman Bin Affan r.a, katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”.

            Mengambil iktibar dan pedoman daripada hadis di atas, Biro Akademik dan Latihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun dengan kerjasama Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali telah merancang untuk mengadakan Program Akademi Al-Quran. Program yang julung-julung kali diadakan ini, diharapkan dapat memupuk minat para guru pelatih untuk mempelajari ilmu Al-Quran.

            Tambahan lagi, Al-Quran adalah merupakan sumber segala ilmu.  Maka, amatlah penting bagi seseorang guru yang digelar sebagai agen penyebaran ilmu untuk mendalami Al-Quran atau sekurang-kurangnya tidak buta Al-Quran.  


2.    OBJEKTIF

  3.1 Memupuk minat para guru pelatih untuk mempelajari Al-Quran.
  3.2 Melahirkan guru pelatih yang celik Al-Quran.
  3.3 Menanamkan semangat cintakan Al-Quran dalam setiap individu.
  3.4 Memberi peluang kepada guru-guru pelatih untuk memperbaiki mutu bacaan
        Al-Fatihah melalui ‘Bengkel Al-Fatihah.
  3.5 Memberi latihan menghafal Al-Quran kepada guru pelatih yang berminat.

3.    ANJURAN

      4.1 Biro Akademik dan Latihan, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
      4.2 Badan Kebajikan Surau.

4.    TARIKH

          1 Julai 2010 – 1 Oktober 2010 .

5.    TEMPAT

  6.1 Surau Al-Ghazali
  6.2 Dewan Kirkby

6.    PENYERTAAN
.
            Semua guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun.