Struktur Program

OBJEKTIF
·         Membantu dan melatih mereka yang berminat untuk menghafaz Al-Quran.
 
Menyediakan guru pelatih yang mampu untuk menjadi Imam bagi solat-solat fardhu dan Solat Terawih.
 
Memberi peluang kepada guru-guru pelatih untuk menggilap bakat mereka di dalam bidang Tahfiz Al-Quran.
 
Mencungkil bakat-bakat baru untuk ditampilkan sebagai wakil (hafazan) IPG KTB di dalam Majlis Ujian Tilawah, Tafsir dan Hafazan Al-Quran (MUTTHQ) peringkat kebangsaan.


SUKATAN
  • Surah – surah yang perlu dihafaz:
1.    Luqman (4 muka surat)
2.    As – Sajdah(3 muka surat)
3.    Yaasin (6 muka surat)
4.    Ar-Rahman (3 muka surat)
5.    As – Soff (2 muka surat)
6.    Al – Insan  (2 muka surat)

Tasmi’:
  • Para peserta dikehendaki menghafaz dan memperdengarkan (tasmi’) sekurang – kurangnya  2 muka surat  sahaja seminggu.
  • Selepas tasmi’ setiap 2 muka surat baru, peserta dikehendaki mengulang (muraja’ah) bermula daripada awal surah sehingga akhir ayat yang dihafaz.

Muraja’ah:
  • Selepas setiap satu surah habis dihafaz, peserta dikehendaki mengulang (muraja’ah) dari awal surah  hingga ke akhir surah.
  • Seterusnya, mursyid/mursyidah akan menguji hafazan peserta dengan menyoal peserta secara rambang.
  • Sekiranya lulus muraja’ah dan ujian, maka peserta dibenarkan untuk  menghafaz surah seterusnya.

PELAKSANAAN
Pembahagian Kumpulan:
  • Setiap peserta akan dibahagikan kumpulan yang akan dikendalikan oleh seorang mursyid/mursyidah.
  • Maka mursyid/mursyidah adalah yang bertanggungjawab untuk membimbing, melatih serta memperbaiki mutu bacaan dan hafazan setiap ahli kumpulannya.

Kelas Mingguan:
  • Kelas mingguan diperuntukkan untuk para peserta memperdengarkan (tasmi’) hafazan, mengulang (muraja’ah) dan mendapatkan bimbingan daripada mursyid/mursyidah.
  • Masa, tempat, tarikh dan hari kelas mingguan adalah di bawah budi bicara mursyid/mursyidah kumpulan masing-masing.
  • Kehadiran setiap ahli kumpulan ke kelas mingguan akan diambil oleh naqib/naqibah. (markah sahsiah)

Malam Kemuncak:
  • Malam kemuncak akan diadakan pada 15 Oktober 2010 (tertakluk kepada perubahan).
  • Semua peserta adalah layak untuk ke Malam Kemuncak kecuali mereka yang mempunyai masalah kehadiran (sahsiah) dan tidak dapat menghabiskan sukatan hafazan yang telah ditetapkan.  
  • Setiap peserta akan diuji hafazan mereka dan akan dihakimi oleh juri-juri yang profesional.
  • Peserta yang terbaik dan yang berhak ditabalkan sebagai pemenang  akan dipilih berdasarkan persembahannya pada Malam Kemuncak ini.

KRITERIA PEMBERIAN MARKAH
  • Pemberian markah dan pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut:
1.    Hafaz dan lancar (50%)
2.    Tajwid dan fasohah (30%)
3.    Suara dan gaya (10%)
4.    Sahsiah (10%)

  • Bagi kriteria 1 (hafaz dan lancar), 2 (tajwid dan fasohah) dan 3 (suara dan gaya), markah akan diberikan juri dan hakim berdasarkan persembahan para peserta pada Malam Kemuncak.
  • Bagi kriteria 4 (sahsiah), markah akan diberikan oleh naqib/naqibah masing-masing berdasarkan sikap, disiplin serta kehadiran peserta sepanjang program Akademi Hafazan Al-Quran ini.