Saturday, July 31, 2010

Teknik Menghafaz Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Sekadar berkongsi sedikit maklumat tentang teknik-teknik yang oleh diamalkan untuk menghafaz Al-Quran. Mudah-mudahan ianya dapat membantu kita untuk menghafaz dan mengingati Al-Quran. Insya Allah...


A. Teknik “Chunking”

1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai

mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.


B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur’an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.


C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.


D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.


E. Teknik Mendengar Kaset
1. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
2. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari’ tersebut sehingga terpahat di fikiran.
3. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari’ tersebut.
4. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur’an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.


F. Teknik Merakamkan Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.

G. Teknik Menulis
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.


H. Teknik “Pointers” dan “Keyword”
1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.


I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.


**Mengekalkan Hafalan

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.




~Gunalah apa saja teknik untuk menghafaz, yang penting kita dapat ingat Al-Quran~

Thursday, July 22, 2010

Doa Sebelum & Selepas Menghafaz Al-Quran


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Janganlah kita merasa sombong dan kedekut untuk berdoa dan memohon pertolongan daripada Allah. Kita hendak menghafaz dan mengingati kalam-Nya, maka apa sebab untuk kita lupa berdoa pada-Nya?? Berdoalah....

Doa Sebelum Menghafaz Al-Quran


Doa Selepas Menghafaz Al-Quran



~Jangan sesekali meremehkan kekuatan doa. Jangan berhenti berdoa semata-mata anda sudah jemu dengannya~


والله أعلم

Wednesday, July 21, 2010

KELAS PERTAMA

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركته


Insya Allah, Akademi Hafazan Al-Quran akan membuka tirai kelas pertamanya dengan mengadakan kelas umum secara serentak bagi setiap kumpulan. Maklumat berkaitan dengan kelas tersebut adalah seperti berikut:

Hari: Khamis (22 Julai 2010)
Tempat: Surau Al-Ghazali
Masa: Selepas solat Isyak
Agenda: 1- Pembahagian kumpulan peserta
2- Taklimat tips-tips menghafaz Al-Quran

Maka, dengan itu diharapkan semua peserta-peserta Akademi Hafazan Al-Quran yang sudah mendaftar dapat menghadirkan diri ke kelas pertama ini. Dengan kehadiran anda, anda telah melangkah setapak maju ke hadapan untuk menjadi salah seorang ahli kelab teragung 'ahlullah'.

Sabda Rasulullah S.A.W:
Sesungguhnya Allah mempunyai kerabat-kerabat dikalangan manusia.
Lalu mereka bertanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah?
Jawab Rasulullah: Mereka ialah Ahli Al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)
dan orang-orang pilihan-Nya.
~Riwayat Ibnu Majah~

Mudah-mudahan kita semua tergolong ke dalam golongan yang dipilih oleh-Nya untuk menjadi 'Ahlullah'. Insya Allah. Amin...